Saturday 14 May 2016

Makan Tengahari Bersama PERWAKILAN di kediaman Puan Sharida Ahmad Shahidan


Puan Sharida (kiri) bersama dengan 
Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin


Pada hari Selasa yang lalu bertarikh 10hb Mei, 2016, Puan Sharida telah berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin dan ahli-ahli PERWAKILAN mengunjungi kediamannya di Oberursel untuk jamuan makan tengahari bersama. Tema pilihan PERWAKILAN di acara kali ini merupakan "black pants" di mana setiap ahli PERWAKILAN perlu mempergayakan diri dengan berseluar hitam panjang. Syabas diucapkan buat setiap ahli PERWAKILAN kerana berjaya menepati tema pilihan PERWAKILAN dengan variasi gaya yang kasual, ringkas dan juga berpakaian pejabat.

Pelbagai hidangan panas disediakan oleh tuan rumah untuk jamuan Makan Tengahari bersama PERWAKILAN seperti gulai telur, sambal tumis ikan bilis, udang brokoli berlada, sambal belacan berserta gulai rebung, ulam-ulaman yang dibawa oleh ahli PERWAKILAN Puan Aryanti Razali dan juga ayam goreng yang telah disediakan oleh Puan Ling Hassim.

Terima kasih juga diucapkan buat kesemua ahli PERWAKILAN yang telah membawa pemanis mulut bagi memeriahkan acara jamuan Makan Tengahari di kediaman Puan Sharida. Sebaik sahaja selesai makan tengahari bersama, Puan Sharida telah mengadakan sebuah permainan undian bertulis pilihan PERWAKILAN bagi memilih "the best black pants attire of the day". Dari jumlah 8 undian yang bertulis, Yang Berbahagia Puan Adina telah mendapat 6 undian dari ahli-ahli PERWAKILAN dan terpilih sebagai pemenang. Tahniah Puan Adina, sememangnya beliau adalah pilihan yang tepat kerana tampil dengan gaya yang elegant dan stylish. Body care set telah disumbangkan oleh Puan Sharida kepada Yang Berbahagia Puan Adina dan ini merupakan pemberian ikhlas dari tuan rumah bagi mewarnai acara Makan Tengahari di kediamannya.Terima kasih kami ucapkan buat Puan Sharida di atas kesudian menjemput PERWAKILAN ke kediaman beliau.



















Nota: 
Jamuan Makan Tengahari di Kediaman Puan Sharida bermula pukul 12 tengahari dan berakhir pukul 2:30 petang