Tuesday 7 June 2016

Taste of the world 2016, Internationale Schule Frankfurt (ISF)



Taste of the World adalah merupakan sebuah program yang murni bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan ke badan-badan kebajikan yang terpilih. Ini merupakan aktiviti tahunan bagi sekolah antarabangsa Internationale Schule Frankfurt atau lebih dikenali dengan ISF. Program ini memberi peluang kepada semua Ibubapa sekolah antarabangsa ISF dari pelbagai latarbelakang untuk bersama-sama menjayakan program Taste of the World dengan memperkenalkan juadah dari negara kelahiran masing-masing.

Pada 4hb Jun, 2016, PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt bersama dengan para ibubapa sekolah antarabangsa ISF dari pelbagai negara seperti India, Jepun, Korea, Jerman, Russia, Mexico, Amerika Syarikat, Sepanyol dan beberapa buah negara lagi turut menjayakan aktiviti Taste of the World. Program tahunan ini bermula dari pukul 12:00 tengahari sehingga 4:30 petang dan telah menarik ramai pengunjung domestik yang terdiri dari kalangan ibubapa sekolah ISF, guru-guru, pelajar-pelajar dan juga penduduk sekitar Frankfurt.

Ahli-ahli PERWAKILAN dengan berbaju polo merah tampak kasual manis bergaya berdiri dengan bangganya di atas nama negara Malaysia dan menjual pelbagai juadah istimewa seperti Roti Canai, gulai Dhall, Kari Ayam, Gobi Manvhurian, Nasi Pulao, Maruku, Mee Goreng (vegetarian dan bukan vegetarian) kepada pengunjung-pengunjung Taste of the World di ISF. Gerai atau 'booth' Malaysia ini telah menarik ramai pengunjung dari kalangan Ibubapa sekolah, guru-guru dan juga sahabat-sahabat PERWAKILAN di sekitar Frankfurt. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung gerai PERWAKILAN. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih ini dipanjangkan dari setiap ahli PERWAKILAN kepada Puan Selvi Dhamayanthy dan juga Puan Ling Hashim di atas kerjasama yang telah diberikan di dalam menyediakan juadah-juadah istimewa buat program Taste of the World 2016, ISF. Sekalung kasih juga dititipkan buat Tourism Malaysia (Frankfurt) yang turut membantu di dalam menjayakan program ini. 



Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin (dua dari sebelah kiri) bersama dengan ahli-ahli PERWAKILAN di gerai PERWAKILAN. 



Seawal 10:45 pagi, ahli-ahli PERWAKILAN telah berada di gerai PERWAKILAN untuk membantu, mengemas dan menyediakan juadah-juadah istimewa  di gerai PERWAKILAN





Puan Ling Hashim dan Puan Selvi Dhamayanthy (bawah) merupakan 'our Malaysian Chef of the Day' di dalam program Taste of the World, 2016, ISF. 















 Di antara negara-negara yang menyertai program Taste of the World 2016, ISF








Di bawah ini adalah merupakan gambar di belakang tabir iaitu hari persiapan gerai yang telah diambil sehari sebelum Taste of the World, 3hb Jun, 2016 dan juga pada hari penibaran Roti Canai yang telah diadakan di kediaman rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin pada Selasa yang lalu, 31hb Mei, 2016.