Tuesday 21 June 2016

IFTAR Bersama di dalam Majlis Perpisahan Encik Jai Shankar Suppayah (MATRADE) dan Puan Rohana Mohd Yunus (MARA) serta meraikan ketibaan Encik Nur Ahmad Fadhli Mohd Naim (MARA)



Semalam Isnin, 20hb Jun, 2016 baru sahaja melabuhkan harinya namun kenangan Majlis Perpisahan Encik Jai Shankar Suppayah dan Puan Rohana Mohd Yunos sekeluarga masih terpahat di hati setiap ahli PERWAKILAN sehingga saat ini. 

Tepat pukul 9:00 malam, ahli-ahli PERWAKILAN bersama dengan Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin berkumpul bersama di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt dengan membawa juadah masing-masing yang telah dirancangkan terlebih dahulu di dalam perbincangan tertutup di antara ahli-ahli PERWAKILAN. Di antara juadah yang dibawa adalah Sambal Sotong, Kari Ikan, Bergedil, Daging Halia, Ayam Goreng Berempah, Kuah Lodeh, Murtabak dan Ulaman.Setiap ahli PERWAKILAN juga membawa pemanis mulut bagi memeriahkan Iftar bersama keluarga PERWAKILAN di dalam Majlis Perpisahan ini. 

PERWAKILAN juga turut meraikan ketibaan pengganti Puan Rohana iaitu Encik Nur Ahmad Fadhli Mohd Naim sekeluarga. Selamat Datang ke Deutschland kami ucapkan, semoga segala urusan dan perancangan dipermudahkan. Majlis ini dimulakan sebaik azan Mahgrib berkumandang pada pukul 9:40 malam diiringi dengan bacaan doa selamat oleh Encik Syarqawi Muhammad. Sebaik selesai solat jemaah Mahgrib bersama, kesemua ahli PERWAKILAN dan keluarga berserta Pegawai-pegawai yang diraikan turut menjamu selera dengan hidangan ala 'mini buffet bazar Ramadhan' yang telah disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN. Syabas buat kesemua ahli PERWAKILAN di atas kerjasama yang baik di dalam mengatur potluck terancang. Namun tidak dilupakan, Encik Rahman yang turut sama membantu PERWAKILAN dengan menghiasi indah dewan makan di Majlis Perpisahan dan Iftar bersama ini. Terima kasih kami ucapkan, semoga kerjasama yang telah terjalin di antara kita akan sentiasa erat dan harmoni.

Majlis turut diserikan dengan kata-kata aluan dari Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt,  Puan Adina Kamarudin, disusuli dengan ucapan perpisahan oleh Encik Jai Shankar Suppayah dan juga Puan Rohana Mohd Yunus. PERWAKILAN ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua ahli PERWAKILAN yang dikasihi iaitu  Puan Rohana Mohd Yunus dan Puan Pecky Lau Peck Leng (isteri kepada Encik Jai Shankar) sepanjang bersama dengan PERWAKILAN dan Selamat Pulang ke Malaysia, doa kami sentiasa mengiringi buat kedua sahabat/ahli PERWAKILAN.


Terima Kasih Encik Rahman dengan dekorasi yang indah ini








Encik Syarqawi Muhammad


Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin

Encik Jai Shankar Suppayah


Puan Rohana Mohd Yunus


We gonna miss you so much our dear sweet bubbly friend, ahli PERWAKILAN
 Puan Pecky Lau Peck Leng (top, on the right)

Cenderahati sebagai tanda terima kasih dan kasih sayang dari PERWAKILAN
 kepada Puan Rohana Mohd Yunus


Pasangan yang diraikan ketibaan ke Frankfurt bagi menggantikan Puan Rohana iaitu 
Encik Nur Ahmad Fadhli Mohd Naim (atas) bersama isteri (bawah) dan keluarga













Nota:

Majlis bermula pada pukul 9:00 malam dan berakhir sekitar 11:30 malam, Terima kasih kepada semua yang hadir.