Sunday 26 June 2016

Parade Der Kulturen 2016



Malaysian Club Deutschland atau lebih dikenali dengan MCD buat pertama kali berkerjasama dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, Tourism Malaysia di Frankfurt dan turut dibantu oleh PERWAKILAN telah menjayakan aktiviti Parade Der Kulturen di Frankfurt
 pada hari Sabtu, 25hb Jun, 2016 beralamat di Hansaallee 150, 60320, Frankfurt am Main



Parade Der Kulturen dalam erti kata lain yang bermaksud Perayaan Lapisan Budaya ini diadakan setiap 2 tahun sekali di bandar Frankfurt am Main. Objektif perayaan ini diadakan bertujuan untuk keamanan sejagat dari pelbagai lapisan budaya, bertoleransi dan bersifat anti diskriminasi. Setiap 2 tahun sekali, Malaysian Club Deutschland (MCD) akan turut serta menyertai anjuran Perayaan Parade Del Kulturen. Istimewanya pada tahun 2016 ini, Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt bersama dengan Tourism Malaysia di Frankfurt turut sama memberi kerjasama dengan mempromosikan Citarasa Makanan Malaysia seperti Sate Ayam bersama Kuah Kacang, Roti Canai bersama Kuah Dhall, Karipap, Murtabak dan kraftangan yang menggambarkan identiti Malaysia Truly Asia. Disamping itu, Tourism Malaysia juga mempromosikan negara Malaysia bersempena dengan Perayaan Parade Der Kulturen. Manakala, penyediaan Sate Ayam serta Karipap telah dibantu oleh PERWAKILAN terlebih dahulu sebelum bermulanya perayaan ini. Syabas diucapkan kepada ahli-ahli PERWAKILAN yang telah turun padang semalam walaupun ada yang sedang menjalani ibadah berpuasa, bersama sama ke lokasi booth MCD Parade Der Kulturen untuk membantu rakan-rakan di MCD.

Ahli-ahli PERWAKILAN bersama dengan 
Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin


Puan Rosita Rahman-Heilek, Presiden Malaysian Club Deutschland


















Maklumat lanjut mengenai Parade Der Kulturen boleh dirujuk di halaman seperti berikut: 

http://malaysianclubgermany.de/
http://www.parade-der-kulturen.de/