Thursday 20 October 2016

Malaysian Food Promotion, Marriott Hotel Frankfurt, 19hb Oktober sehingga 21hb Oktober 2016



Malaysian Food Promotion yang sedang giat berlangsung di Hotel Marriott, Frankfurt selama 3 hari bermula dari semalam Rabu 19hb Oktober, 2016 sehingga Jumaat 21hb Oktober, 2016 telah direncanakan oleh Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt bersama dengan Malaysian Club Deutschland (MCD).

Chef selebriti yang tersohor dari Malaysia, Dato' Chef Ismail telah diterbangkan khas ke Frankfurt dan dibawa oleh MCD bagi menjayakan Malaysian Food Promotion berkolobrasi bersama dengan Marriott's Executive Chef Thomas Fahr di Hotel Marriott Frankfurt.

PERWAKILAN sekali lagi pada tahun 2016 ini turut membantu bersama di belakang tabir dengan menghulur bantuan di dalam penyediaan sate di kediaman rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin. PERWAKILAN juga turut diberi peluang untuk membantu Dato' Chef Ismail dan Executive Chef Thomas Fahr di bahagian dapur Hotel Marriott, Frankfurt sempena berlangsungnya Malaysian Food Promotion.

Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk bersama membantu menjayakan Malaysian Food Promotion ini.

Harapan PERWAKILAN agar segala perancangan mempromosikan Makanan Malaysia di peringkat antarabangsa dipermudahkan dan sukses.