Saturday 11 November 2017

ISF - International Day 2017







Malaysia sekali lagi telah terpilih sebagai 'Focus Country' di dalam International Day event 2017 yang bertempat di ISF Internationale Schule Frankfurt-Rhein-Main. Ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt dari Agensi MIDA, MARA, JPA & Tourism Malaysia yang mempunyai anak yang belajar di sekolah ISF,  ianya merupakan hari yang istimewa buat mereka semua. Selain dari Malaysia, negara-negara South Korea, South Afrika dan Great Britain turut terpilih sebagai focus country.

Objektif utama International Day event 2017 yang diadakan pada 11hb November 2017 ini adalah untuk memperkenalkan budaya sesebuah Negara. Secara tidak langsung memberi ruang bagi 'focus country' yang terpilih ini untuk mempromosikan seni dan budaya yang terdapat di negara masing-masing melalui pameran, seni tari, pakaian, makanan dan aktiviti permainan tradisional.

Pelbagai aktiviti telah diatur dengan jayanya oleh semua pihak yang terlibat bagi menjayakan International Day event hari ini. Di antaranya ialah memperkenalkan makanan Malaysia Nasi Lemak kepada pengunjung yang hadir. Penjualan Nasi Lemak bermula pada pukul 12 tengahari hingga 4 petang.  Seminggu sebelum International Day event di jalankan, ISF terlebih dahulu menyediakan dan menjual makanan tradisi Malaysia iaitu Mee goreng kepada pelajar-pelajar ISF.  Ucapan setinggi terima kasih kepada Encik Nur Ahmad Fadhli selaku Ketua Program, isteri beliau Puan Yaumee Hayati yang bertindak sebagai Country Rep untuk berurusan dengan pihak sekolah ISF, Encik Rizal Mas sebagai Ketua Pameran yang bertanggungjawab menyediakan informasi maklumat, barang pameran dan alatan permainan tradisional, Encik Syarqawi Mohammad sebagai Ketua Persembahan bagi menjayakan persembahan seni tari dan Cik Noramirah Yusoff selaku Ketua Permainan.

Bilik Pameran Malaysia telah dihiasi dengan pelbagai maklumat umum mengenai negara Malaysia. Beberapa peralatan, permainan tradisional seperti batu seremban dan congkak turut diadakan di dalam bilik pameran. Manakala di Gymnasium pula yang diketuai oleh Cik Noramirah Yusoff sebagai Ketua Permainan telah mempamerkan permainan tradisional masyarakat Melayu iaitu sepak takraw.dan lompat tali.

Perwakilan juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar-pelajar Malaysia yang telah membantu memberi kerjasama yang baik di dalam menjayakan International Day 2017 di ISF. Sekalung kasih sayang dari PERWAKILAN  buat kesemua Pelajar-Pelajar Malaysia di Coburg & Darmstadt, Germany.

Perkongsian memori sekitar International Day 2017 dijalankan ;-