Saturday 20 May 2017

Taste of the World 2017, Internationale Schule Frankfurt (ISF)



Taste of the World adalah merupakan sebuah program yang murni bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan ke badan-badan kebajikan yang terpilih. Ini merupakan aktiviti tahunan bagi sekolah antarabangsa Internationale Schule Frankfurt atau lebih dikenali dengan ISF. Program ini memberi peluang kepada semua Ibubapa sekolah antarabangsa ISF dari pelbagai latarbelakang untuk bersama-sama menjayakan program Taste of the World dengan memperkenalkan juadah dari negara kelahiran masing-masing.

Pada 20hb Mei 2017, PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt bersama dengan para ibubapa sekolah antarabangsa ISF dari pelbagai negara seperti India, Jepun, Korea, Jerman, Russia, Mexico, Amerika Syarikat, Sepanyol dan beberapa buah negara lagi turut menjayakan aktiviti Taste of the World. Program tahunan ini bermula dari pukul 12:00 tengahari sehingga 5 petang dan telah menarik ramai pengunjung domestik yang terdiri dari kalangan ibubapa sekolah ISF, guru-guru, pelajar-pelajar dan juga penduduk sekitar Frankfurt.

Ahli-ahli PERWAKILAN bersama dengan Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin merangkap Pengerusi PERWAKILAN tampak bergaya dengan berbaju biru dan berseluar hitam, berdiri dengan bangganya di atas nama negara Malaysia dan menjual pelbagai juadah istimewa seperti Roti Canai, gulai Dhall, Nasi Lemak, Kari Ayam, Gobi Manvhurian, Nasi Pulao, Mee/Bihun Goreng (vegetarian dan bukan vegetarian), Ais Batu Campur (ABC) & Aiskrim Malaysia kepada pengunjung-pengunjung Taste of the World di ISF. Gerai Malaysia ini telah menarik ramai pengunjung dari kalangan Ibubapa sekolah, guru-guru dan juga sahabat-sahabat PERWAKILAN di sekitar Frankfurt. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung gerai PERWAKILAN. 

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih ini dipanjangkan dari Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin dan ahli - ahli Perwakilan kepada Puan Selvi Dhamayanthy Singaram dan juga Puan Ling Hassim selaku Ketua Projek Taste of the World 2017, AJK Masakan Puan Yaumee Hayati M. Nawi dan ahli-ahli PERWAKILAN yang bersama-sama berganding bahu menjayakan Taste of the World 2017 baru-baru ini. 

Sekalung kasih sayang juga dititipkan buat Konsul Pelaburan (MIDA) Encik S, Sivasuriyamoorthy, Konsul Muda (Wisma Putra)  Encik Abdul Rahman Adun, Konsul Perdagangan (Matrade) Encik Badrul Hisham dan Tourism Malaysia di Frankfurt di atas segala bantuan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya Taste of the World 2017. PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt sangat menghargai setiap keringat yang dicurahkan dari setiap ahli PERWAKILAN, Pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia di Frankfurt dan pelatih-pelatih amali dari agensi Matrade, Kong Yau Har & Lee Jia Wei. Terima Kasih sekali lagi!






















Nota:

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin kerana sudi menyediakan Nasi Lemak kepada semua yang bertugas di Taste of the World 2017. Begitu juga kepada semua ahli-ahli PERWAKILAN yang turut menyediakan juadah dan kuih muih buat semua petugas. 



Pre - Taste of The World 2017


19hb Mei, 2017

Persiapan & Dekorasi Gerai







18hb Mei, 2017

Di Kediaman Puan Ling Hassim. Ahli-ahli PERWAKILAN menyediakan Roti Canai.



Juadah Shell-out yang turut dimasak bersama dengan ahli-ahli PERWAKILAN di kediaman 
Puan Ling Hassim sebaik selesai menibar Roti Canai.


Perkongsian Resipi Shell-out

Bahan2 utk blend :-

1. Cili kering - dalam 10 ke 15 batang (bergantung kepedasan)
2. Bawang Putih - 5 ulas
3. Bawang Merah - 7 biji besar sederhana
4. Halia - 1 inci
5. Udang kering - 1/2 cawan
6. Sedikit belacan (jika perlu)


Bahan2 utk dihiris : -

1. Bawang Merah - 3 labu
2. Bawang Putih - 4 ulas
3. Halia - 2 inci
4. Serai - 4 diketuk

Bahan2 lain :
Daun kari, Daun limau purut.

Cara masak :

Panaskan Butter / Minyak & Goreng udang, angkat.
Goreng Sotong atau rebus sotong, angkat & Seafood yang lain2 jika ada.
Tumiskan Bahan2 Yg di blend sehingga garing.
Masukkan Bahan2 Yg dihiris ke dalam tumisan sehingga naik bau
Masukkan 2 sudu besar setengah rempah kari ikan.
Masukkan 2 sudu besar sos tiram
Masukkan air sedikit jika terlalu kering
Masukkan udang, sotong, seafood.
Masukkan Daun Kari, Daun Limau Purut
Gula garam serbuk knor ayam jika perlu