Monday 5 June 2017

Iftar di Hujung Minggu


Iftar bersama Keluarga PERWAKILAN Frankfurt dan rakan taulan di Kediaman Encik Syarqawi & Puan Ling Hassim pada hari Jumaat, 2hb Jun 2017. Ini juga merupakan perkongsian bersama keluarga Encik Syarqawi Muhammad & Encik Rizal Mas di dalam menganjurkan iftar.



Iftar bersama Keluarga PERWAKILAN Frankfurt dan pelajar-pelajar tajaan JPA di Kediaman 
Cik Noramirah Yusoff pada hari Ahad, 4hb Jun, 2017


Sempena cuti hujung minggu yang panjang sehingga hari Isnin cuti awam Pentecost di Germany, PERWAKILAN telah menerima dua jemputan untuk berbuka puasa (Iftar) bersama keluarga Encik Syarqawi Muhammad pada hari Jumaat 2hb Jun 2017 dan Cik Noramirah Yusoff pada hari Ahad 4hb Jun 2017.

Terima kasih PERWAKILAN ucapkan di atas jemputan ini dan semoga kedua buah majlis berbuka puasa ini mendapat keberkatan dariNYA yang ESA. 























Juadah Iftar di Kediaman Encik Syarqawi & Puan Ling Hassim adalah

Nasi Putih, Seafood Masak Asam Putih, Pais Ikan dorade/barsh, Sayur tiga serangkai goreng belacan, Kepak ayam BBQ Merah, Bebola Ikan/sotong/fish cake goreng dengan sos cili, Roti Bom, Tepung Pelita, Air Teh Bunga Segar, Teh Tarik kaw. 

Encik Rizal Mas & Puan Ariyanti turut menyediakan Mee Jawa, Sate ayam/daging, Ayam goreng ala KFC, buah-buahan, Jus Buah, Air Mineral. 

Tetamu yang hadir turut membawa Kuih Akok & Rojak Buah (Puan Yaumee), Raspberry Torte & Karipap (Encik Mahzan).


Juadah Iftar di Kediaman Cik Noramirah Yusoff adalah :

Nasi Arab Kambing, Nasi Arab Ayam, Daging Masak Hijau, Dalca Sayur, Laksa Kedah, Lasagna Daging & Kuih Koci, 

Tetamu yang hadir turut membawa Ayam Masak Kicap Pedas bersama Beehon Goreng (Cik Hasnani), Kuih Kaya (Puan Yaumee), Apam Balik (Puan Ling Hassim), Kuih Karipap (Encik Mahzan), Kuih Samosa (Puan Yanti), ABC, Cendol Pulut (Puan Yaumee), Air Asam Boi & Teh Tarik (Puan Ling).