Saturday 5 May 2018

'LADIES EDUCATIONAL TRIP' BERAKHIR DENGAN 'LUNCH TOGETHER'


Program kedua untuk tahun ini adalah ‘Ladies Educational Trip’ ke Palmengarten, Frankfurt Am Main. 

Palmengarten Frankfurt Am Main





Jemputan telah diwar-warkan di dalam ‘WhatsApp Group’ – Perwakilan Frankfurt oleh AJK Sosial, Puan Sharida Ahmad Shahidan. Dilampirkan butiran program tersebut:-



Pengangkutan pula telah diusahakan oleh Cik Noramirah Yusuff bagi ahli-ahli Perwakilan yang memerlukan kenderaaan untuk bergerak ke tempat tersebut.



Sekalung terima kasih kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia-Frankfurt dan Pejabat Pelancongan Malaysia kerana telah memberi kebenaran untuk menggunakan kenderaan rasmi pejabat bagi membawa ahli-ahli Perwakilan ke lokasi tersebut.

Ahli-ahli Perwakilan tiba pada pukul  11.00 pagi  dan telah berkumpul di pintu utama. Caj bayaran masuk adalah sebanyak 7.00 bagi dewasa. Kos tersebut telah dibiayai sepenuhnya dari dana tahunan Perwakilan Malaysia-Frankfurt.

Caj Bayaran Masuk

Di antara pengisian program tersebut adalah mempelajari dan mengenali flora dan fauna yang terdapat di dalam taman tersebut sempena musim bunga dan secara tidak langsung sambil berjalan melihat keindahan alam dan dapat juga mengurangkan kalori  serta mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli Perwakilan. 





Tidak ketinggalan juga ahli-ahli perwakilan dapat melepaskan kerinduan melihat flora dan fauna yang terdapat di kampung halaman masing-masing di Taman Asia yang terdapat di situ.







Program tersebut telah mengambil masa hampir satu setengah jam dan berakhir pada 12.30 tengahari.


Peta Lokasi Palmengarten

Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut.




'LUNCH TOGETHER'

'Lunch Together' bersama ahli-ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt di Mamma Forno.




Program 'LADIES EDUCATIONAL TRIP' telah berakhir dengan 'LUNCH TOGETHER' di restoran Mamma Forno bersama kehadiran ke semua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt.

Menu hidangan telah dipesan berasingan mengikut citarasa masing-masing. 




Peruntukkan perbelanjaan bagi makan tengahari ini telah ditanggung sepenuhnya dari baki Tabungan Kutipan Hari Jadi bagi tahun 2017. 

Untuk makluman, Tabungan Kutipan Hari Jadi telah dimansuhkan. Usul cadangan telah disuarakan oleh Puan Ling Hassim pada Mesyuarat Agung Pertama Perwakilan Malaysia-Frankfurt Tahun 2018 yang lalu. Ke semua ahli-ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt telah bersepakat bersetuju untuk memansuhkan tabungan kutipan tersebut.

Ribuan terima kasih kepada AJK Sosial dan ke semua ahli-ahli Perwakilan kerana telah menjayakan program ini.


Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut.


Tschuss!!!Vielen Dank!!!


Nota Kaki
Puan Ling Hassim – Tidak dapat turut serta dalam program 'LADIES EDUCATIONAL TRIP' di atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau hadir pada program 'LUNCH TOGETHER'.