Wednesday 2 May 2018

TASTE OF THE WORLD (TOTW) 2018 - SIRI KE-DUA


'Food Testing' dan Pensampelan

Ahli-ahli Perwakilan telah bersepakat untuk mengadakan ‘Food Testing’ dan Pensampelan bagi penambahbaikan dan menyeragamkan rasa setiap masakan yang akan dijual semasa Taste Of The World (TOTW) 2018 yang akan berlangsung pada 12hb Mei nanti.

Di antara masakan yang telah disediakan oleh ahli-ahli Perwakilan adalah seperti berikut:-

Nasi Lemak - Cik Hasnani Hamid


Nasi Impit bersama Kuah Kacang dan Satay Ayam - Puan Ariyanti Razali


Meehoon Sup - Cik Noramirah Yusuff


Mee Goreng ‘Vege’ - Puan Rozila Jurimi


Roti Canai bersama Kuah Kari Ayam 
Roti Canai - Puan Ling Hassim dengan kerjasama Ahli-ahli Perwakilan
Kari Ayam bersama kentang - Puan Yaumee Hayati M.Nawi



Karipap - Puan Yaumee Hayati M.Nawi


Popia - Puan Rozila Jurimi


Rendang Ayam - Puan Ling Hassim



'Food Testing' dan Pensampelan telah diadakan pada 23hb April 2018, pukul 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Perwakilan, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.

Ribuan terima kasih buat AJK Masakan, Puan Yaumee Hayati M.Nawi sebagai Ketua Penyelaras Program 'Taste Of The World' 2018 dan semua ahli-ahli perwakilan di atas kehadiran dan kesudian  untuk menyediakan juadah bagi 'Food Testing' dan Pensampelan.

Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut.










Tschuss!!! Vielen Dank!!!


Nota kaki:
Puan Sharida Ahmad Shahidan – Ketidakhadiran di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.