Thursday 10 May 2018

TASTE OF THE WORLD (TOTW) 2018 - SIRI KE-TIGA


‘Home Made Of’ Roti Canai

Roti canai adalah salah satu juadah yang sinonim dengan rakyat Malaysia dan ia merupakan salah satu menu yang akan dijual semasa ‘Taste Of The World’ di sekolah ‘International School Frankfurt Rhein-Main’ pada  12hb Mei 2018 nanti.



Para pelanggan yang membeli roti canai nanti boleh memilih kuah kari ayam atau dalca untuk dimakan bersama roti canai. Harga untuk roti canai bersama kuah kari atau dalca 'vege' dijual dengan harga  2.00.

Puan Ling Hassim telah berbesar hati menawarkan kediamannya untuk para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt bagi berkumpul dan berkerjasama membuat roti canai secara gotong-royong.

Program ‘Home Made Of' Roti Canai telah berlangsung pada  3hb Mei 2018, pukul 9.30 pagi. Program ini telah diwar-warkan melalui ‘WhatsApp Group – Perwakilan Frankfurt’  oleh Puan Yaumee Hayati M.Nawi.



Tuan rumah telah menyediakan sarapan pagi untuk para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt iaitu 'cup cake' bersama air teh o’panas. Manakala Puan Sharida Ahmad Shahidan telah membawa  mee goreng dan Puan Ariyanti Razali pula membawa kek.

Setelah selesai para ahli perwakilan bersarapan, acara ‘Home Made Of' Roti Canai pun bermula. Puan Ling Hassim telah memulakan adunan pertama dengan menurunkan resepi dan cara-cara yang betul membuat roti canai. 





Diikuti adunan kedua oleh Puan Yaumee Hayati M.Nawi. Manakala adunan ketiga dan keempat dilakukan oleh Puan Ariyanti Razali.

Keseluruhan roti canai yang berjaya disiapkan pada hari tersebut adalah sebanyak 97 keping.  Puan Rozila Jurimi pula dilantik menjadi pegawai ‘Quality Control ’ untuk memastikan dan menyeragamkan saiz roti canai tersebut serta membuat pengiraan keseluruhan roti canai yang telah siap.



Syabas buat para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt kerana hampir berjaya menepati sasaran yang dikehendaki iaitu sebanyak 100 keping roti canai.

Berakhirnya acara membuat roti canai, para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt telah memulakan dengan ‘open table’ makan tengahari  ala ‘steamboat’ berkuahkan tomyam. 



Makan tengahari telah disediakan oleh Puan Ling Hassim dan Puan Ariyanti Razali ketika para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt  yang lain sedang mencanai roti.  Bahan mentah seperti  sotong, udang, ketam, bebola ikan dan bermacam-macam lagi telah dibawa masing-masing oleh para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt.






Sekalung terima kasih buat Puan Ling Hassim kerana sudi menyediakan tempat untuk para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt berkumpul di rumah beliau dan tidak ketinggalan juga terima kasih di atas cenderahati daripada beliau. 



Dilampirkan foto-foto memori untuk hari tersebut.










Disertakan juga resepi roti canai daripada ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt iaitu Puan Ling Hassim.


Resipi Roti Canai ala Chef Ling Hassim

Bahan-bahan
1 kg Tepung Gandum
100 gm Marjerin
1 sudu Susu Pekat
 1 sudu Gula
700 ml Air
Garam secukup rasa

Cara membuat adunan
Satukan tepung, garam dan gula. Gaulkan sehingga serata.  Setelah itu, masukkan marjerin dan uli adunan tersebut menjadi serbuk roti. Manakala susu bersama air dibancuhkan di tempat berasingan. Semasa adunan tepung diuli, masukkan air perlahan-lahan sehingga air itu habis. Uli lagi sehingga sebati. Selesai adunan tepung diuli, sapukan marjerin dipermukaan adunan tersebut dan biarkan adunan tersebut selama setengah jam dengan menutup permukaan adunan tersebut dengan kain.  Setengah jam berlalu, barulah adunan tersebut dibahagi-bahagi kecil mengikut saiz yang diingini.  Setelah selesai adunan yang telah dibahagi kecil-kecil, sapukan sekali lagi marjerin dan biarkan selama satu jam.  Setelah sejam berlalu, barulah boleh mencanai dan menebarkan adunan tersebut menjadi roti canai.

Selamat Mencuba.

Tschuss!!!Vielen Dank!!!

Nota kaki
Cik Noramirah Yusuff
Cik Hasnani Hamid
Ketidakhadiran disebabkan oleh tuntutan kerja.