Saturday 3 July 2010

Morning Coffee ~ Puan Rahimah Mohd

Semalam, Jumaat 2 Julai 2010 telah berlangsung satu lagi majlis morning coffee. Majlis yang diadakan di kediaman Puan Rahimah Mohd di Frankfurt kali ini juga bertujuan untuk meraikan Pengerusi PERWAKILAN Puan Khadijah Mahmud yang akan mengikut suaminya bertugas di New York pada bulan hadapan dan Puan Zalina Zainal sekeluarga yang akan mengerjakan ibadat umrah esok.




Ini antara ahli PERWAKILAN yang hadir pada hari tersebut..

Pengerusi PERWAKILAN (tiga daripada kiri) bergambar dengan ahli Perwakilan yang hadir..

Majlis ini telah dimulai dengan bacaan Yassin secara beramai-ramai, kemudian diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Puan Misnah Salikan.

Ahli PERWAKILAN sedang membaca surah Yassin beramai-ramai

Bacaan doa oleh Puan Misnah Salikan

Sebelum penyampaian cenderahati untuk Pengerusi PERWAKILAN dibuat, Setiausaha PERWAKILAN telah memberikan ucapan khas

Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud memberikan ucapan balas

Penyampaian cenderamata untuk Puan Khadijah Mahmud

Puan Khadijah bersama cenderamatanya

Di akhir majlis, seperti kebiasaan semua ahli PERWAKILAN dihidangkan dengan jamuan makan pagi berupa nasi lemak, kuih-muih dan kek yang lazat.

PERWAKILAN bergambar sambil menjamu selera