Friday 30 October 2015

Morning Coffee - Puan Ling Hassim

Pada 26 Oktober 2015, ahli Perwakilan telah menerima mesej dari Puan Ling Hassim menerusi Whatsapp. Mesej yang diakhiri dengan serangkap pantun menjemput kami ke kediaman beliau untuk sesi Morning Coffee pada 30 Oktober 2015. 




Sesi Morning Coffee tersebut bermula pada jam 12 tengahari kerana kebanyakan ahli Perwakilan merupakan wanita kerjaya. Hadir pada hari itu ialah Puan Sharida Ahmad Shahidan, isteri kepada Pengarah Tourism Malaysia yang baru tiba di Frankfurt. Selamat datang diucapkan kepada Puan Sharida.

Walaupun hamil 7 bulan, Puan Ling telah menyediakan pelbagai masakan istimewa bagi kami. Diantara juadah yang disediakan ialah ikan masak tempoyak, bendi goreng belacan , umai udang, kari ayam, siew mai, dimsum, mee kolok dan kuih muih. 











Terima kasih Puan Ling!