Sunday 25 June 2017

Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri 1438 Hijrah



Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin dari Perwakilan Malaysia di Frankfurt.


Sempena 1 Syawal 1438 Hijrah bersamaan 25hb Jun 2017, Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri telah di adakan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt yang bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie. Pelbagai juadah enak telah disediakan oleh setiap ahli PERWAKILAN bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri ini dan di antaranya adalah Nasi Minyak, Kurma Daging, Ayam Masak Merah, Jelatah, Rendang Ayam, Sate Ayam, Sate Daging, Kuah Kacang, Nasi Impit, Lemang, Kuah Lodeh, Mihun Goreng, Kek Lapis, Tapai & Minuman. Terima Kasih diucapkan buat kesemua ahli PERWAKILAN yang telah memberi kerjasama yang baik bagi meraikan sambutan Hari Raya AidilFitri pada tahun ini.

Majlis Hari Raya AidilFitri ini dimulakan dengan Solat Sunat AidilFitri pada seawal 08:30 pagi dan diikuti dengan Khutbah Hari Raya oleh Encik Syaqawi Muhammad. Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin turut memberi sepatah dua kata ucapan AidilFitri dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri pada tahun ini.

Jamuan Hari Raya AidilFitri bermula pada pukul 10:00 pagi dan bersurai pada sekitar 12 tengahari. Sesi bergambar beramai-ramai telah di adakan di hadapan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt.

Jamuan Hari Raya AidilFitri ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar tajaan JPA & MARA, Ibu Bapa & keluarga Konsul Perdagangan (Matrade), Encik Badrul Hisham. Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada semua yang hadir melapangkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri 1438 Hijrah.



Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin 
bersama dengan para muslimat di dewan solat wanita.