Sunday 7 March 2010

Maulidur Rasul 2010

Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T.

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini telah diadakan pada 6 Mac 2010 (Sabtu). Lokasi sambutan ialah di Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt.

Majlis sambutan tersebut bermula jam 10:45 pagi dengan bacaan tazkirah oleh En. Sharizan Sudin sebagai pembukaan majlis. Ia diikuti dengan acara selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. secara beramai-ramai oleh ahli keluarga PERWAKILAN Frankfurt dan disudahi dengan bacaan doa selamat.

Hidangan tengahari telah disediakan secara potluck oleh PERWAKILAN Frankfurt untuk semua yang hadir.

Berikut merupakan antara gambar-gambar yang dirakam padahari tersebut:

Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Saiful Azam Abdullah bersalaman dengan Encik Sharizan Sudin

Hidangan makan tengahari oleh ahli PERWAKILAN

PERWAKILAN menjamu selera