Friday 26 March 2010

Morning Coffee ~ Puan Rahizam Abdullah

Pada 25 Mac 2010 (Khamis) lalu, morning coffee kali ketiga untuk tahun ini telah diadakan di kediaman Puan Rahizam Abdullah beralamat di Bad Soden.

Berikut merupakan ahli-ahli PERWAKILAN yang hadir..

Bergambar beramai-ramai bersama Puan Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud (lima daripada kanan)


Antara hidangan morning coffee pada hari tersebut..


Hidangan utama soto ayam bersama bihun, nasi himpit dan begedil yang sungguh enak.

Beraneka kuih-muih yang menyelerakan.

Di dalam majlis tersebut juga diadakan demonstrasi membuat sushi dan tempura oleh Puan Rahizam Abdullah sendiri.

Inilah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sushi.

Nasi panas bersama campuran cuka, garam dan gula dikacau sehingga sejuk.

Sushi bersama inti yang disukai.

Proses menggulung seaweed nori dengan menggunakan buluh penggulung.

Ahli PERWAKILAN bergotong-royong menyiapkan sushi.


Sushi yang sedia untuk dipotong.

Ahli PERWAKILAN bergambar gembira bersama sushi yang telah siap dipotong.

Ini merupakan proses menyediakan tempura. Di antara bahan-bahan yang digunakan untuk digoreng ialah terung, keledek, cili, cendawan dan bendi.

Bahan-bahan dicelup ke dalam batter tempura sebelum digoreng.

Bahan-bahan digoreng di dalam minyak yang banyak dan panas.