Saturday 27 March 2010

Resipi Tempura



Bahan-bahan Batter Tempura

Air + Telur : Tepung = 1 : 1

Air mesti sejuk (ais)


Cara-caranya :

1. Pecahkan telur dan masukkan ais di dalam bekas yang sama.


2. Masukkan gandum di dalam bekas yang lain tetapi mempunyai saiz yang sama.


3. Kacau telur dan air dengan chopstick.

2. Ayak gandum terlebih dahulu.


2. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak ke dalam campuran telur.

3. Kacau dengan chopstick.


4. Masukkan beberapa ketul ais.

5. Terus simpan dalam peti ais.



Bahan-bahan - Cadangan bahan untuk digoreng :

terung - dipotong ikut kreativiti masing-masing
keledek - dipotong ikut kreativiti masing-masing
cili
bendi
udang
fish fillet
cendawan
dan lain-lain

Cara-caranya :


1. Ayak sedikit tepung di atas bahan-bahan yang akan digoreng.

2. Balik-balikkan bahan-bahan tersebut.


3. Dan ayak lagi sedikit tepung untuk pastikan semua bahan dibaluti tepung.


4. Celup bahan ke dalam yang baru dikeluarkan daripada peti ais.

5. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.





Tadaa! Tempura goreng..enak dimakan sebagai hidangan sampingan semasa morning coffee..atau juga semasa minum petang..Jemput..jemput..jemput makan semua...


Untuk semua, 'Selamat Mencuba!'.