Friday 26 March 2010

Resipi Sushi





Bahagian 1 : Tanak Nasi


Bahan-bahan :

4 pot beras sushi
4 pot air


Cara-caranya :


Masak nasi macam biasa.



Bahagian 2 : Campuran Cuka


Bahan-bahan :


2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu garam


Nota : nisbah campuran cuka boleh diubahsuai mengikut citarasa


Cara-caranya :


1. Kacau campuran cuka hingga gula dan garam hancur.


Bahagian 3 : Menyediakan Campuran Nasi


Cara-caranya :


1. Sediakan satu mangkuk besar.
2. Tuangkan separuh daripada campuran cuka ke dalam mangkuk ini.
3. Kemudian masukkan nasi yang telah masak.


4. Tuangkan separuh lagi campuran cuka.

5. Kacau sambil dikipas sehingga nasi sejuk.


Bahagian 4 : Inti Sushi
Smoked salmon, crabmeat, telur dadar, timun, carrot, mayonnaise dan lain-lain


Cara-caranya :


1. Potong semua bahan inti memanjang (stripes).


Bahagian 5 : Menyediakan Sushi


Bahan-bahan :

Seaweed Nori


Buluh pembuluh


Air cuka (Cuka : Air = 1:1)



Cara-caranya :

1. Letakkan buluh penggulung dengan bahagian buluh yang rata sebagai dasar iaitu sebelah bawah.


2.Letakkan seaweed di atas buluh penggulung dengan bahagian berkilat di sebelah bawah.
3. Basahkan jari dengan air cuka.
4. Ratakan nasi di atas seaweed sehingga 2cm daripada tepi seaweed.
5. Letakkan mana-mana inti yang disukai.
6. Kemaskan hujung gulungan dengan air cuka.
7. Temukan tepi ke tepi.
8. Tekan dan gulung perlahan sambil menarik ke depan buluh penggulung.

9. Kemaskan hujung.
10. Sedia untuk dipotong.
11. Potong kepada 8 bahagian.
 12. Basuhkan pisau dengan air cuka (cuka : air = 1:1) untuk hilangkan lekit nasi sushi sebelum meneruskan potongan seterusnya.
 
13. Inilah hasil yang telah dipotong.


Tips :
Sushi enak dimakan dengan kicap sushi, tetapi ia juga boleh dimakan begitu sahaja (jika suka).




Untuk semua, 'Selamat Mencuba!'.