Monday 29 March 2010

Senamrobik

28 Mac 2010 (Ahad) - Bertempat di Dewan Serbaguna, Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt, satu program riadah anjuran PERWAKILAN iaitu senamrobik telah dimulakan tepat jam 11:30 pagi. Acara senamrobik yang mengambil masa selama 1 jam ini merupakan julung kali diadakan khas untuk ahli PERWAKILAN. 


Aktiviti yang diketuai oleh Puan Sharifah Nor Aida Syed Ibrahim ini diiringi oleh irama muzik pelbagai rentak. Ia dimulakan dengan sesi warm up dan ditutup dengan sesi cool down oleh Puan Nora Othman. 


Sebagai permulaan, sebanyak 6 langkah telah diajar oleh Puan Sharifah Nor Aida Syed Ibrahim termasuk salsa dan rumba.

Semua seronok dengan latihan senamrobik yang diadakan dan tidak sabar-sabar menunggu hujung minggu hadapan untuk menyertai latihan ini semula.

Inilah beberapa gelagat yang sempat dirakam semasa aktiviti senamrobik berlangsung..

Instruktor, Puan Sharifah Nor Aida Syed Ibrahim

Belajar gerakan rumba

Ahli PERWAKILAN sedang rancak bersenamrobik

Bersenam mengikut rentak muzik

Belajar gerakan salsa

Gerakan salsa ini agak sukar untuk diikut..hemm..hentam sajalah asalkan berpeluh..