Thursday 8 April 2010

Morning Coffee ~ Puan Sarinah Ali

Sebagai meneruskan program bulanan, semalam Rabu 7 April 2010 jam 10:30 pagi, bertempat di kediaman Puan Sarinah Ali iaitu di Friedrichsdorf telah diadakan satu lagi aktiviti morning coffee. Hampir semua ahli PERWAKILAN hadir kecuali beberapa ahli yang bekerja dan pulang bercuti ke Malaysia.

Dalam majlis ini juga, ahli PERWAKILAN telah bekerjasama menyiapkan lebih kurang 300 cucuk satay ayam dan kuah kacang untuk dibawa ke Berlin sempena Karnival Sukan Tahunan Berlin/Frankfurt Kali Ke-2 yang dijadualkan pada Sabtu dan Ahad, 10 dan 11 April 2010 nanti.




Berikut merupakan mereka yang hadir di dalam majlis tersebut:

Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud (tiga daripada kiri) bergambar beramai-ramai dengan ahli PERWAKILAN yang hadir..

Antara hidangan pada pagi tersebut

Menyediakan perapan satay ayam untuk dikisar

Mencampurkan kisaran bahan perapan ke dalam daging satay


Proses menggaulkan daging ayam dengan perapan

Bergaya dengan satay masing-masing