Friday 16 July 2010

Majlis Perpisahan En. Abdullah Omar Dan Keluarga

Pihak PERWAKILAN Frankfurt sekali lagi bekerjasama menyediakan juadah makan malam secara pot luck bagi menjayakan Jamuan Perpisahan Encik Abdullah Omar, Konsul Muda (Pendidikan dan Latihan) dan Keluarga yang diadakan semalam, Khamis 15 Julai 2010 di Bilik Serba Guna Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Encik Abdullah Omar akan kembali ke Malaysia pada 30 Julai 2010 untuk bertugas semula di sana setelah berkhidmat di Frankfurt selama lebih kurang dua setengah tahun. 



Jamuan yang diadakan tepat jam 7:00 malam tersebut diadakan di dalam suasana yang serba sederhana tetapi meriah. Untuk Encik Abdullah Omar dan keluarga, pihak ahli PERWAKILAN mengucapkan 'Selamat Pulang Ke Tanahair Tercinta' dan 'Semoga Beroleh Kejayaan Di Dalam Kerjaya Dan Kehidupan Mendatang'.

Berikut antara aksi yang sempat dirakam pada hari tersebut..

Tetamu yang diraikan, Encik Abdullah Omar dan isteri, Puan Rahimah Mohd

Encik Abdullah Omar sempat berjenaka semasa memberikan ucapan

Penyampaian cenderamata daripada ahli PERWAKILAN untuk Puan Rahimah Mohd.

Penyampaian cenderamata oleh Puan Misnah Salikan untuk Puan Rahimah Mohd.

Puan Rahimah Mohd bergambar bersama sebahagian ahli PERWAKILAN yang hadir

Puan Rahimah bergambar kenang-kenangan bersama ahli PERWAKILAN yang hadir

Sambil menjamu selera sempat lagi bergambar

Antara hidangan kuih-muih yang sempat dirakam pada hari tersebut

Puding dan buah-buahan menjadi pelengkap kepada menu hidangan utama pada tengahari itu




THURSDAY, 19 OGOS 2010

Antara rakan-rakan yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt

Di mana ada kamera, di situ ada senyuman manis kami!

Encik Abdullah Omar bergambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan