Saturday 10 October 2015

Acara Bowling Anjuran Malaysian Club Deutschland


Sempena Hari Sukan Malaysia, Malaysian Club Deutschland (MCD), Frankfurt telah menganjurkan MCD Championship Cup terulung bagi acara bowling pada 10 Oktober 2015. MCD telah dengan berbesar hati menjemput warga Konsulat Malaysia di Frankfurt serta keluarga untuk turut serta bagi acara tersebut. Kami juga berpeluang untuk berjumpa dengan Chef Selebriti Malaysia iaitu Chef Dato Ismail, yang secara kebetulan berada di Frankfurt atas undangan MCD sempena Promosi Makanan Malaysia dan Malaysian Ball di Frankfurt. 

Bertempat di Bowling und Kegelzentrum Rebstockbad berdekatan Frankfurt Messe, acara ini telah diadakan pada sebelah petang. 

MCD Championship Cup telah dimenangi oleh Encik Abu Bakar, suami kepada Puan Rohana Mohd Yunus, Pengarah MARA di Frankfurt. Tahniah diucapkan kepada Encik Abu Bakar!


Encik Abu Bakar bersama Puan Adina Kamaruddin, Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt (kanan) 
dan Puan Rosita Heilek, Presiden MCD (kiri). 










Chef Dato Ismail, Chef Selebriti Malaysia.