Wednesday 14 October 2015

Jom cucuk sate!


Sempena Malaysia Ball 2015 dan Malaysian Food Promotion yang diadakan pada pertengahan bulan Oktober 2015, ahli-ahli Perwakilan berkumpul di kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamaruddin. Tujuan mereka ialah untuk membantu menyediakan sate bagi majlis tersebut. Walaupun 14hb Oktober 2015 merupakan cuti awam, mereka tetap hadir untuk membantu.  

Bukan sahaja ahli Perwakilan, tetapi Encik Abu Bakar, suami kepada Puan Rohana Mohd Yunus, Pengarah MARA Frankfurt dan Encik Rizal, Penolong Pengarah Tourism Malaysia Frankfurt juga turut membantu. 

Setelah bekerjasama selama beberapa jam, sebanyak 1648 cucuk sate berjaya disediakan. 

Terima kasih kepada semua ahli yang membantu.