Tuesday 21 June 2011

Frankfurt Menang Lagi!

Untuk kali kedua berturut-turut, Frankfurt muncul juara di dalam Karnival Sukan Frankfurt-Berlin yg diadakan di Frankfurt pada Jumaat, 17 Jun hingga Ahad, 19 Jun 2011. Kali ini Frankfurt yang menjadi tuan rumah telah mengalahkan pihak Berlin 2-1 di dalam acara golf dan badminton, tetapi tewas di dalam acara bowling. 



Mengimbas kembali lewat petang Jumaat 17 Jun lepas, ketibaan delegasi Berlin seramai 20 orang yang diketuai oleh TYT Duta Malaysia Ke Jerman, Dato' Ibrahim Abdullah telah disambut meriah oleh keluarga besar Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik John K. Samuel di perkarangan kediaman beliau di Frankfurt am Main.

Diketuai oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham, hidangan BBQ pada petang 17 Jun dan makan tengahari secara pot luck di kediaman beliau pada hari terakhir karnival telah disediakan secara kerjasama antara ahli PERWAKILAN Frankfurt.


Satay dari Berlin.. terima kasih ya...

Kala suami-suami membakar di luar, ladies pula sibuk di dapur..

Hari kedua karnival menyaksikan acara golf dipertandingkan pada sebelah pagi, manakala acara bowling pula diadakan pada sebelah petang.

Bergambar bersama sebelum acara bowling bermula

 
Beraksi sebelum acara badminton bermula
Pasukan badminton wanita Frankfurt dan pasukan lelaki badminton Berlin sedang melakukan warming-up sebelum perlawanan bermula


Karnival yang berlangsung selama 3 (tiga) hari tersebut diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan makan tengahari pada tengahari Ahad 19 Jun di tempat yang sama.
Piala dan cabutan bertuah untuk dimenangi
TYT Duta Malaysia Ke Jerman, Dato' Ibrahim Abdullah
Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik John K. Samuel
Golf milik Frankfurt
Bowling milik Berlin

Badminton milik Frankfurt

Sesi cabutan bertuah.. nombor siapa yang terpilih agaknya ni..
Yes! Nombor saya!
Nombor saya juga!
Paling bertuah hari ini!

Frankfurt Juara Bertahan.. jumpa lagi tahun akan datang!