Thursday 16 June 2011

Mesyuarat Agong Dan Majlis Perpisahan

Semalam Rabu 15 Jun 2011, PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan mesyuarat Agong untuk sesi 2011/2012. Bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya di Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt, mesyuarat dimulakan jam 10:00 pagi dengan dipengerusikan oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham. Turut hadir ialah Penasihat Kehormat PERWAKILAN Frankfurt, Encik John K. Samuel.

Selepas bermesyuarat, turut diadakan majlis perpisahan untuk ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt iaitu Puan Misnah Salikan, Puan Zalina Zainal dan Puan Noor Hayati Abu Noh. Puan Misnah dan Puan Zalina yang masing-masing akan berhijrah pada penghujung bulan ini akan mengikuti suami bertugas di Embassy of Malaysia Seoul dan MAS London. Manakala Puan Noor Hayati Abu Noh pula akan pulang bertugas di pejabat MATRADE, Malaysia pada minggu pertama bulan hadapan.


Untuk mereka, kami mengucapkan 'Selamat Berangkat.. Viel glück und alles gute..'

Sekitar mesyuarat dan majlis perpisahan..

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt. Hadir sama Penasihat PERWAKILAN Frankfurt, Encik John K. Samuel

Pembentangan laporan

Bergambar bersama Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham

Yang diraikan Puan Noor Hayati, Puan Misnah dan Puan Zalina

Makan-makan disediakan secara pot-luck oleh PERWAKILAN Frankfurt