Sunday 5 June 2011

Mettlach Outlet Center

Semalam, Sabtu 4 Jun 2011 PERWAKILAN Frankfurt outing lagi. Kali ini ke Villeroy & Boch di Mettlach. Dengan menaiki bas yang ditaja khas, PERWAKILAN Frankfurt ditemani oleh ahli keluarga dan kenalan. Rombongan seramai 20 orang tersebut bertolak seawal 9:00 pagi dari bandar Frankfurt dan tiba di sana jam 12:00 tengahari.


Selain Villeroy & Boch yang merupakan kedai terbesar di sini, Mettlach Outlet Center juga menawarkan beberapa jenama rumah yang lain seperti Silit dan Rösle. Bagi mereka yang mempunyai anak yang bersekolah di ISF Internationale Schule Frankfurt-Rhein-Main, mengunjungi kedai Lands End juga satu kemestian. Kedai yang turut beroperasi secara online ini menawarkan koleksi pakaian untuk kanak-kanak dan juga pakaian kasual untuk lelaki dan wanita. Beberapa koleksi pakaian kanak-kanak di kedai ini menjadi pilihan sekolah ISF sebagai uniform sekolah kerana berkualiti.

Pulang jam 4:45 petang, ramai yang tidak bertangan kosong. Walaupun keletihan, semua tersenyum girang dan puas. Macam-macam dibawa balik baik pinggan-mangkuk, pakaian mahupun cutlery.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam semalam..

Cantik ni buat hiasan..

Antara yang turut-serta..

Kaki sudah lenguh, tangan pula sudah penuh..marilah kita pulang...