Tuesday 28 June 2011

Ladies Day Out

Semalam, Isnin 27 Jun 2011, PERWAKILAN Frankfurt berkumpul sekali lagi untuk acara makan-makan.. memilih restoran masakan jepun dan china di bandar Frankfurt, acara makan-makan kali ini dibiayai hasil daripada lebihan wang sumbangan Karnival Sukan Frankfurt-Berlin yang baru sahaja selesai tempohari. Makan tengahari yang bermula jam 12:30 tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham.

Antara kenangan yang sempat dirakam pada hari tersebut..

Selepas acara makan-makan, ahli PERWAKILAN tidak bekerja sempat menemani Puan Misnah Salikan ke Frankfurt Romans (Frankfurter Roemer) untuk shopping cenderamata buat kali terakhir..

Bergambar dengan Pengerusi Malaysian Club Deutschland (MCD) Puan Rosita Rahman-Heilek
Di Frankfurter Roemer bersama cenderamata yang dibeli untuk dibawa pulang..