Saturday 25 June 2011

Majlis Perpisahan Encik Marzuki, Encik Zaidi dan Puan Noor Hayati

Semalam Jumaat, 24 Jun 2011 tepat jam 6:00 petang pihak konsulat dan keluarga berkumpul sekali lagi di Bangunan Konsulat Jeneral bagi meraikan tiga rakan mereka yang akan berlepas dari bumi Frankfurt bagi meneruskan tugasan masing-masing di tempat lain pula. Encik Mohd. Marzuki Mohd. Amin akan ke Seoul Korea, manakala Encik Zaidi dan Puan Noor Hayati Abu Noh akan pulang ke Malaysia. Turut-serta di dalam majlis ini ialah ahli keluarga Encik Marzuki dan Puan Noor Hayati yang sentiasa setia menemani, menyokong dan menjadi tulang belakang di sepanjang perjalanan kerjaya pasangan masing-masing. Selamat Maju Jaya untuk mereka bertiga..

Berikut merupakan yang sempat dirakam pada hari tersebut..
Antara hidangan utama pada hari tersebut..kurma ayam, sambal telur dan sayur campur

Udang goreng tepung dan ulam-ulaman
 Pelbagai pencuci mulut.. kek, kuih-muih dan buah-buahan
 PERWAKILAN bergambar bersama
 Puan Noor Hayati dan suami
Encik Zaidi akan pulang ke Malaysia setelah empat (4) tahun bertugas di Tourism Malaysia, Frankfurt..
 Sesi menjamu selera..
 Sesi karaoke Puan Noor Hayati dan bos..
Sesi karaoke Encik Marzuki dan isteri..